MAJLIS MAHABBAH WAP 3G
13 Mac 2011 bersamaan 8 Rabiulakhir 1432. Masjid An-Naim Jalan Kebun - Hasil kesungguhan dan kerjasama erat hubungan antara 3 generasi NGO Islam iaitu Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) Selangor, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor dan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS), telah dengan jayanya menganjurkan Majlis Mahabbah WAP 3 Generasi.
Tujuan utama majlis ini dianjurkan adalah bagi melancarkan Tabung Pendidikan Umat ABIM Selangor. Ia merupakan skim pelaburan akhirat yang diperkenalkan bermatlamatkan melibatkan masyarakat Selangor untuk bersama-sama dalam usaha ABIM Selangor melakukan pembentukan kemajuan pendidikan dan dakwah di Selangor. Ekoran dari keperluan umat pada hari ini, ABIM Selangor telah merancang untuk membina Kompleks Pendidikan ABIM Selangor yang mengandungi 5 institusi iaitu Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Islam Darul Wardah (DARWA), Ma’had Tahfiz Sains ABIM Selangor (MaTSAS), Pondok An-Nur Pesantren Warga Tersayang, Darul Hannah Rumah Anak Yatim dan Terbiar serta Pusat Latihan Dakwah (PASAK).

Pada sebelah petangnya diadakan diskusi ilmiah yang diberi nama Usrah Sinergi WAP 3G yang diwakili oleh Ustaz Yusof bin Hasan (Pengerusi WADAH Selangor), Ustaz Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni (YDP ABIM Selangor) serta Mohd Zulhelmi bin Abdullah (Presiden PEPIAS).

Untuk sebarang sumbangan, pihak yang berminat masih boleh berbuat demikian dengan menyalurkan terus ke akaun ABIM Selangor (RHB Islamic Banking) bernombor 2622 50000 18855 atau boleh hubungi Tuan Haji Mohamed Muslimin ditalian 014-716 0546 dan Tuan Haji Mohd Zawawi Ahmad Mughni ditalian 019-333 9871.